TAKLIMAT KESEDARAN PEMANTAPAN EKSA PEJABAT TNCPI TAHUN 2023
SERDANG, 8 September – Taklimat kesedaran Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan salah satu program anjuran ahli sekretariat Latihan EKSA peringkat induk Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi sesi 2023. Sesi taklimat ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengahari bertempat di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia.