| PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
senarai pengumuman terkini

Tahniah kepada Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFOS) dan Institut Penyelidikan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM kerana mendapat penarafan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bermula 1 Januari 2017

Penilaian Tapak bagi Pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA) Tahun 2016 akan diadakan pada 16-17 Mei 2017

Adalah dimaklumkan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM mempelawa kepada calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:
 
Pegawai Eksekutif (Kontrak) - 1 kekosongan
 
Maklumat lanjut kekosongan jawatan adalah DI SINITarikh tutup permohonan ialah pada 9 Ogos 2019 (Jumaat).
 
Sekian, terima kasih.

YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN MENGENAI PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGAMBILAN ENUMERATOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Universiti melalui Minit 682.04(b) dan Jawatankuasa Tetap Kewangan melalui Minit 5/5(2019) telah meluluskan pelaksanaan Garis Panduan Pengambilan Enumerator Universiti Putra Malaysia.

3. Melalui garis panduan ini, tiga kategori dan kadar enumerator yang diluluskan adalah seperti berikut:

KATEGORI

KADAR

Enumerator Khidmat Pelajar

RM7.00 hingga RM10.00 sejam

Enumerator Khidmat Harian

RM54.00 hingga RM90.00 sehari

Enumerator Soal-selidik/Persampelan

RM5.00 hingga RM35.00 bagi satu borang soal-selidik atau persampelan

4. Sehubungan dengan itu, bersama ini disertakan Garis Panduan Pengambilan Enumerator Universiti Putra Malaysia seperti di Lampiran A untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan bagi urusan pengambilan enumerator di Pusat Tangungjawab masing-masing. Garis panduan ini juga boleh dirujuk melalui capaian di laman sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu https://tncpi.upm.edu.my/faildokumen, dan laman sesawang Pusat Pengurusan Penyelidikan iaitu https://rmc.upm.edu.my/faildokumen.

5. Pelaksanaan garis panduan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

6. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh berhubung dengan pihak urusetia melalui alamat perhubungan seperti berikut:

Bahagian Pentadbiran
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Emel    : kp_ptncpi@upm.edu.my; hwmi@upm.edu.my
No. Tel : 03-97691038 / 03-97691242

7. Sehubungan itu kerjasama pihak YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan adalah untuk memanjangkan perkara ini kepada semua penyelidik di PTJ masing-masing dan pada masa yang sama memastikan pengambilan enumerator adalah teratur mengikut prosedur sewajarnya.

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERILMU BERBAKTI”

Saya yang menjalankan amanah,

 

PROF. DATO’ DR. ZULKIFLI IDRUS
DPMS, SMS
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Putra Malaysia

Unit Etika Penyelidikan Telah Berpindah ke Tingkat 5, Bahagian Pentadbiran Pejabat TNCPI

KUALA LUMPUR,  15 Dis 2020 – Kumpulan Inovasi KIK dan LEAN UPM telah berjaya merangkul 4 anugerah  emas bertaraf 5 Bintang di pertandingan inovasi  Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2020 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC).

 

APIC merupakan pertandingan kumpulan kecemerlangan inovasi peringkat kebangsaan, dan kali pertama diadakan penjurian secara dalam talian berdasarkan video inovasi yang dihantar serta sesi soal jawab secara langsung di dalam talian pada 17 hingga 20 November 2020 yang lalu.

 

 

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Langit Putra, dari Putra Science Park & Pejabat TNCPI dan Kumpulan LEAN The Budders, dari Taman Pertanian Universiti yang memenangi emas dan turut tersenarai di dalam 20 kumpulan terbaik Sektor Awam Persekutuan dan layak untuk menyertai pertandingan kumpulan kecemerlangan (TE) di peringkat antarabangsa pada tahun 2021 yang akan diadakan di Australia, India dan Indonesia.

 

Inovasi Skyridder yang diketuai oleh Asrizam Esam, Kumpulan Langit Putra, merupakan alat pemotong dawai panjang pemegang tunggal yang dapat memotong pengikat bunting iklan atau dawai pada tiang lampu dengan pantas dan selamat tanpa penggunaan tangga. Alat ini turut mampu membantu menyingkirkan masalah pencemaran dawai karat dan iklan haram pada tiang lampu dengan cepat.

Baca selanjutnya >

Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju supaya tempoh YBhg. Prof. Dato' Dr. Zulkifli Idrus menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dilanjutkan berkuat kuasa mulai 18 Mac 2021 sehingga 16 April 2021.

Semoga pemakluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.

Sekian, terima kasih.

Untuk makluman YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan, YBhg. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah bersetuju untuk membuka semula permohonan jawatan pasca doktoral bermula 17 Mac hingga 16 April 2021.

Bagi penyelidik UPM yang ingin mendapatkan pasca doktoral, pihak PTJ hendaklah mengemukakan dokumen permohonan seperti senarai semak di Lampiran B. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak urusetia seperti alamat di bawah:

            Ketua Pentadbiran

            Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

            Universiti Putra Malaysia

            43400 UPM Serdang

            Tel : 03-9769 1038/1242

            Emel : tncpi_jkpp@upm.edu.my

 

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) akan menghadapi

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001: 2015 

pada 01 dan 02 Jun 2022. Bermula Pukul 8.45 pg - 5.00 ptg.

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXDTSA3~