KUALA LUMPUR, 15 Dis 2020 – Kumpulan Inovasi KIK dan LEAN UPM telah berjaya merangkul 4 anugerah emas bertaraf 5 Bintang di pertandingan inovasi Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2020 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC).
APIC merupakan pertandingan kumpulan kecemerlangan inovasi peringkat kebangsaan, dan kali pertama diadakan penjurian secara dalam talian berdasarkan video inovasi yang dihantar serta sesi soal jawab secara langsung di dalam talian pada 17 hingga 20 November 2020 yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Langit Putra, dari Putra Science Park & Pejabat TNCPI dan Kumpulan LEAN The Budders, dari Taman Pertanian Universiti yang memenangi emas dan turut tersenarai di dalam 20 kumpulan terbaik Sektor Awam Persekutuan dan layak untuk menyertai pertandingan kumpulan kecemerlangan (TE) di peringkat antarabangsa pada tahun 2021 yang akan diadakan di Australia, India dan Indonesia.
Inovasi Skyridder yang diketuai oleh Asrizam Esam, Kumpulan Langit Putra, merupakan alat pemotong dawai panjang pemegang tunggal yang dapat memotong pengikat bunting iklan atau dawai pada tiang lampu dengan pantas dan selamat tanpa penggunaan tangga. Alat ini turut mampu membantu menyingkirkan masalah pencemaran dawai karat dan iklan haram pada tiang lampu dengan cepat.
MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my
MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline