Anugerah Fellowship Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merupakan pengiktirafan berprestij Universiti Putra Malaysia kepada penyelidik yang menunjukkan kecemerlangan, kepimpinan dan sumbangan signifikan dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Sehubungan itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia mempelawa penyelidik UPM untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Fellowship Naib Canselor (Kategori Penyelidikan dan Inovasi) sempena Majlis Gemilang Putra (MGP).