
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Etika Universiti untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM) kini membuka tawaran kepada individu yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi dipertimbangkan sebagai Layperson (Ahli Awam) dalam jawatankuasa ini.
Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Ir./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan resume terkini kepada Sekretariat JKEUPM melalui e-mel berikut:
jkeupm@upm.edu.my / tncpi@upm.edu.my
Syarat-syarat kelayakan dan kriteria pelantikan boleh dirujuk melalui poster yang dilampirkan bersama hebahan ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat di talian:
03-9769 1244 / 1421 / 1439 / 1438 / 1054
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
