Adakah dia akan mengangguk?
Atau terus mengkritik habis-habisan?
Atau keluar tanpa sepatah kata?
Jobs bukan sekadar genius produk. Dia adalah pengesan omong kosong. Penentu citarasa. Pakar menapis kekeliruan dan memfokus hanya pada perkara yang penting. Dia tidak cukup dengan idea baharu, dia mahukan sesuatu yang pasti berlaku.
Jadi, jika anda ingin tahu sama ada idea anda cukup kuat untuk mengubah industri, syarikat, atau mungkin dunia... cuba tanya 5 soalan ini.
1. "Kenapa idea ini masih relevan dalam 10 tahun akan datang?"
Jobs tidak kejar trend. Dia abaikan semua itu.
Beliau obses dengan nilai yang kekal.
Jika idea anda hanya berdasarkan hype, dia akan kesan dalam masa beberapa saat. Jika idea itu tak boleh bertahan tanpa istilah popular semasa atau gimik sementara, ia sudah pun gagal.
Tanya diri anda:
Jika tidak, mula semula.
2. "Di mana detik 'aha' itu?"
Jobs sukakan kesederhanaan. Kejelasan. Detik di mana semuanya klik.
Jika idea anda perlukan 10 slaid untuk difahami... ia belum bersedia.
Dia akan cabar anda:
Kalau anda tak boleh tunjukkan keajaiban dengan cepat, mungkin tiada keajaiban pun.
3. "Apa yang anda sanggup tolak?"
Inovasi bukan tentang buat lebih. Tapi buat kurang, dengan lebih cemerlang.
Jobs pernah kurangkan produk Apple daripada berdozen kepada hanya empat. Dia tak tambah ciri, dia buang semua yang tak penting, hingga tinggal yang paling bernilai.
Idea hebat perlu datang dengan senarai 'buang':
Berkata “tidak” itu sukar. Tapi di situlah lahirnya lagenda.
4. "Kenapa idea ini layak wujud?"
Bukan “boleh wujud” atau “boleh laku”.
Tapi, layakkah ia berada di dunia ini?
Jobs mahukan produk yang membawa kegembiraan. Yang ada jiwa. Yang memberi makna.
Itulah sebabnya dia obses dengan perkara kecil yang CEO lain anggap remeh:
Tanya diri anda:
Kalau jawapannya tidak, kenapa anda buat semua ini?
5. "Adakah ini hasil terbaik anda?"
Jobs dorong orang ke tahap obses.
Bagi dia, idea hebat bukan datang dari sikap “cukup bagus”. Tapi daripada ketekunan melicinkan setiap sudut kasar.
Dia akan tanya:
Soalan itu menyakitkan. Tapi itulah yang ubah idea biasa menjadi ikonik.
Kebanyakan idea bukan mati sebab ia buruk. Tapi sebab tiada siapa cabar ia untuk jadi hebat.
Jadi, lain kali anda nak bentang sesuatu; pada klien, pasukan, atau diri sendiri, berhenti dan tanya:
“Apa agaknya yang akan dikatakan oleh Steve Jobs?”
Sumber Rujukan: Leaderonomics.com
Tarikh Input: 05/02/2026 | Kemaskini: 05/02/2026 | syafiqahfirdaus
