Penilaian Etika Penyelidikan | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» PENYELIDIKAN » Penilaian Etika Penyelidikan

Penilaian Etika Penyelidikan

Jawatankuasa Etika Induk Universiti telah ditubuhkan pada tahun 2011, yang terdiri daripada tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Etika Universiti untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia (JKEUPM), Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC) dan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC).

Jawatankuasa Etika Universiti untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia, atau JKEUPM berperanan untuk melindungi peserta penyelidikan, dan untuk memastikan bahawa penyelidik menitikberatkan prinsip-prinsip asas dalam penggunaan subjek manusia. Pendirian dan keputusan JKEUPM adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perisytiharan Helsinki (2008).

Bagi Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC, tanggungjawab utamanya  adalah untuk memastikan bahawa penjagaan dan penggunaan haiwan untuk tujuan saintifik adalah berperikemanusiaan dan beretika, (dan mengikut panduan).

Pejabat Timbalan Naib Canselor berperanan sebagai sekretariat dalam memastikan pengurusan dan pelaksaan jawatankuasa ini.

Kemaskini:: 25/05/2018 [n_ellia]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566639205