TEKNOLOGI KOMERSIL UPM | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» INOVASI » TEKNOLOGI KOMERSIL UPM

TEKNOLOGI KOMERSIL UPM

UPM telah melahirkan ramai penyelidik dalam bidang inovasi dan teknologi. Melalui mereka, UPM telah berjaya menghasilkan banyak teknologi yang berfaedah kepada masyarakat untuk pembangunan negara. Dewasa ini, aktiviti penyelidikan UPM telah mengalami pertumbuhan yang pesat. Sehingga tahun 2016, sebanyak 134 teknologi dikomersialkan hasil bantuan pihak industri, dengan jualan kasar melebihi RM58 juta. UPM mengalukan penglibatan dan gabungan kerjasama dengan rakan industri yang berpotensi. Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut. Kami mengharapkan kejayaan berterusan dan kerjasama daripada industri.
UPM mempunyai lebih 2,000 teknologi yang sedia untuk dilesenkan kepada syarikat berminat.

Kemaskini:: 08/05/2017

PERKONGSIAN MEDIA

B1566641376