3 April 2026, UPM - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Taklimat Kemudahan Perubatan Staf dan Perhubungan Pekerja UPM bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat TNCPI.
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan terkini mengenai kemudahan perubatan yang disediakan oleh UPM kepada staf, di samping meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan kebajikan dan perhubungan pekerja.

Program ini telah disampaikan oleh Puan Zaimawati Mustapa, Ketua Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja, Pejabat Pendaftar UPM, yang berkongsi pelbagai maklumat penting serta panduan berkaitan kemudahan dan manfaat yang boleh dimanfaatkan oleh warga staf.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dalam memastikan kebajikan staf sentiasa terpelihara serta mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, sihat dan sejahtera.
Tarikh Input: 07/04/2026 | Kemaskini: 07/04/2026 | syafiqahfirdaus
