Syabas dan tahniah diucapkan kepada Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) atas pencapaian luar biasa melakar sejarah sebagai penerbit pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan ASEAN Records dan Asia Records!
Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan luar biasa mengangkat pengindeksan buku Bahasa Melayu ke pangkalan data antarabangsa. Kejayaan ini bukan sahaja melonjakkan nama UPM, malah memartabatkan bahasa kebangsaan kita di persada dunia.
Tahniah kepada Pengarah Penerbit UPM, Prof. Ir. Dr. Muhammad Tariq Hamid Sultan, serta seluruh warga kerja Penerbit UPM atas usaha murni ini!
Tarikh Input: 29/07/2026 |
Kemaskini: 29/07/2026 | syafiqahfirdaus
PERKONGSIAN MEDIA