Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM Anjur Bengkel Pengurusan Cuti, Latih Pegawai Berkenaan Penggunaan Cuti Yang Sistematik | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM anjur Bengkel Pengurusan Cuti, latih pegawai berkenaan penggunaan cuti yang sistematik

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM anjur Bengkel Pengurusan Cuti, latih pegawai berkenaan penggunaan cuti yang sistematik

Disediakan oleh: Aishah Hisamuddin 

SERDANG, 10 Februari - Bahagian Pengurusan Latihan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Cuti Pegawai UPM yang diadakan secara bersemuka pada 10 Februari 2023, Jumaat bertempat di Mini Auditorium 2, Bangunan Pejabat TNCPI, UPM. 

Bengkel ini melibatkan seramai 90 peserta yang terdiri daripada Penyelaras Latihan Staf dan barisan pegawai Pejabat TNCPI dan ketiga-tiga entiti dibawahnya. 

Sesi slot penceramah kali ini disampaikan oleh Puan Rosna Jasin, Ketua Seksyen Cuti dan Persaraan, Pejabat Pendaftar, UPM bermula dari jam 9:30 pagi sehingga jam 12:00 tengahari. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pegawai berkenaan jenis pemberian cuti dalam perkhidmatan, pengiraan kelayakan cuti, dan jenis perkhidmatan yang melayakkan. 

Menurut salah seorang peserta bengkel tersebut, Puan Norliyana Kamaruddin dari Putra Science Park, berkata, bengkel ini sangat membantu bagi memberi peluang kepada staf untuk merancang cuti secara lebih sistematik agar tidak menjejaskan kualiti kerja disamping memberi ruang kepada staf untuk berehat. 

Bengkel berakhir pada jam 12:00 tengah hari dengan sesi soal jawab di antara para peserta dan penceramah. 

Bengkel ini turut dihadiri oleh Encik Shahriman bin Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 04/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
WXFYCAn~