[MAKLUMAN PELANTIKAN STAF PEJABAT TNCPI KE JAWATAN TETAP]
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Izzul Muzakkir Aris atas pelantikan ke jawatan tetap. Beliau akan mula berkhidmat di Pusat Jaminan Kualiti UPM mulai 16 November 2023.
Terima kasih diucapkan kepada En. Izzul di atas segala sumbang bakti dan komitmen sepanjang berkhidmat di Pejabat ini. Moga terus kekal cemerlang dan selamat maju jaya di tempat baharu.
Berasah parang bersepuh lama,
menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.
Tarikh Input: 14/11/2023 |
Kemaskini: 14/11/2023 | aishah
PERKONGSIAN MEDIA