Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM Anjur Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi Untuk Penyelidik Dan Pusat Tanggungjawab. | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM anjur Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Untuk Penyelidik dan Pusat Tanggungjawab.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM anjur Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Untuk Penyelidik dan Pusat Tanggungjawab.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM anjur Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Untuk Penyelidik dan Pusat Tanggungjawab.

SERDANG, 17 Ogos - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) melalui Seksyen Sumber Manusia dan Pengurusan Kualiti menganjurkan bengkel pemurniaan garis panduan pengurusan penyelidikan dan inovasi kepada penyelidik dan Pusat Tanggungjawab sempena penemuan audit 2023 pada 16 Ogos 2023 (Rabu) bertempat di Mini Auditorium 1, Tingkat 3, Bangunan Pejabat TNCPI. 

 

Bengkel ini dianjurkan bagi melicinkan lagi garis panduan pengurusan penyelidikan dan inovasi dengan mensasarkan golongan penyelidik dan Pusat Tanggungjawab di UPM. Bengkel berlangsung selama 3 Jam bermula pada 9:00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengahari bertempat di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan TNCPI.

 

Bengkel yang diadakan secara bersemuka ini adalah insiatif Pejabat TNCPI dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dalam perkongsian ilmu dan perbincangan dua hala diantara Pejabat TNCPI, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Penyelidik dan Barisan Pegawai yang menguruskan tatakelola borang berkaitan penyelidikan dan inovasi di setiap PTJ yang terlibat.

 

Bengkel dirasmikan oleh Encik Shahriman bin Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) seterusnya dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Nurani dari Pusat Pengurusan Penyelidikan.

 

Pada akhir sesi program, Puan Norhidayu dari Fakulti Kejuruteraan turut berkongsi amalan pengurusan proses penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan di fakulti bermula dari proses permohonan sehingga laporan kemajuan penyelidikan yang perlu disemak dari masa ke semasa.

Tarikh Input: 21/08/2023 | Kemaskini: 21/08/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
WXFYBAu~