PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) JALANI AUDIT DALAMAN QMS 9001:2015 (PEJABAT TNCPI) TAHUN 2023. | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) JALANI AUDIT DALAMAN QMS 9001:2015 (PEJABAT TNCPI) TAHUN 2023.

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) JALANI AUDIT DALAMAN QMS 9001:2015 (PEJABAT TNCPI) TAHUN 2023.

Disediakan oleh: Aishah Hisamuddin

SERDANG, 7 Jun 2023 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM telah menjalani Audit Dalaman QMS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 hingga 9 Jun 2023 bertempat di beberapa entiti di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

 

Ketua juruaudit dalaman, Cik Syakiraatul Hasanah Rosidi dari Pusat Kemajuan Kompetensi Bahasa, UPM telah mengetuai sesi audit tersebut dibantu oleh beberapa barisan auditor yang lain antaranya, Encik Fahrul Asmady, Puan Norazaidah Yahaya, Encik Erwan Hasim, Puan Ashida Othman, Encik Asrizam Esam, Puan Norhasfalina Abu Hassan dan ramai lagi.

 

Skop audit kali ini meliputi proses kerja di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) melibatkan semakan keberkesanan dan prosedur bagi urusan permohonan dan penilaian geran penyelidikan, pelaksanaan geran, pemantauan projek penyelidikan, bahagian perancangan penyelidikan & penerbitan ilmu, dan pengurusan harta intelek, dana penerbitan, promosi dan pengkomersialan Inovasi.

Mesyuarat pembukaan audit pada pukul 9:00 pagi dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Encik Shahriman bin Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Beliau memberikan taklimat ringkas berhubung struktur organisasi Pejabat TNCPI merangkumi ketiga-tiga entiti di bawahnya berserta fungsi dan peranan masing-masing.

Menurut Encik Shahriman lagi, tujuan audit dalaman ini dilaksanakan adalah untuk menentukan sama ada UPM melaksanakan Pengurusan Kualiti berdasarkan garis panduan yang ditetapkan mengikut standard QMS 9001:2015.

“Sesi audit yang dijalankan juga bertujuan untuk mengenalpasti penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi peningkatan kualiti kerja yang berterusan dan persediaan bagi menghadapi sesi audit SIRIM dan Audit MyRA,” tambahnya lagi.

Hasil penemuan audit dibentangkan oleh ketua Juruaudit kepada barisan auditee yang terlibat dan pihak pengurusan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan audit dalaman ini telah memperlihatkan komitmen yang tinggi oleh warga Pejabat TNCPI dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

 

 

 

Tarikh Input: 04/07/2023 | Kemaskini: 06/07/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
WXFYCAR~