Bengkel Pengharmonian Pemetaan Research Framework UPM | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Bengkel Pengharmonian Pemetaan Research Framework UPM

Bengkel Pengharmonian Pemetaan Research Framework UPM

8 Mei 2024, Serdang - Bengkel Pengharmonian Pemetaan Research Framework UPM, dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Pegawai Akademik/ Penyelidik UPM. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Seminar, Institut Nanosains Dan Nanoteknologi (ION2).

Tujuan bengkel ini adalah untuk memperoleh sumbangan idea dengan berkongsi pendapat dan pandangan dalam mengharmonikan lagi pembentukan Research Framework UPM yang akan dijadikan panduan dalam menetapkan Halatuju Penyelidikan UPM agar selari dengan True North UPM. Selain itu, diskusi yang berlangsung antara Pegawai Akademik/ Penyelidik akan menjadikan Halatuju Penyelidikan UPM lebih jelas, mampan dan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof. Madya. Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Perancangan Penyelidikan & Pengurusan Ilmu dan Encik Mohd Khairi Hasan, Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | maisarahnoor

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
F, (10:20:54pm-10:25:54pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]