10 Ogos – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Sesi Townhall University Driven Research Programme (UDRP) bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Pejabat TNCPI.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi itu bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai hala tuju penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha memperkasa ekosistem inovasi dan akademik universiti.
Sesi townhall tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), yang tampil memberi penjelasan terperinci mengenai hala tuju penyelidikan UPM. Program diteruskan dengan pengisian demonstrasi Sistem Research Altmetrics & Impact for Scholarly Excellence (RAiSE) yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Perancangan dan Pengurusan Data Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Diharapkan perbincangan dan pendedahan yang diberikan dapat memberi suntikan semangat baharu buat para penyelidik dalam memacu kecemerlangan akademik UPM di peringkat global.
Tarikh Input: 17/08/2026 | Kemaskini: 17/08/2026 | syafiqahfirdaus
