Audit Kendiri Perjawatan Dan Organisasi (AKPO) 2026 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) 2026

Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) 2026

UPM Serdang, 20 April 2026 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) pada 17 April 2026, bertempat di Bilik Lembaga, Aras 5, Bangunan Pejabat TNCPI.

Audit yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 12:15 tengah hari ini telah diketuai oleh Puan Nabihah Abdol Razak, Ketua Seksyen Integriti, Bahagian Governan dan Integriti, Pejabat Pendaftar UPM. Pelaksanaan audit tersebut melibatkan penyertaan staf pentadbiran Pejabat TNCPI.

Tujuan utama audit ini adalah untuk menilai kesesuaian struktur perjawatan dan organisasi sedia ada serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam aspek tadbir urus, kecekapan operasi dan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh universiti.

Melalui pelaksanaan AKPO ini, Pejabat TNCPI komited dalam memastikan pengurusan organisasi yang lebih sistematik, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi kecemerlangan institusi.

 

 

Tarikh Input: 20/04/2026 | Kemaskini: 20/04/2026 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
X, (05:01:04am-05:06:04am, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]