
UPM Serdang, 8 Mei 2026 - Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia, Universiti Putra Malaysia (JKEUPM) telah menjalani pemeriksaan secara jarak jauh (remote inspection) oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5 hingga 7 Mei 2025 secara dalam talian.
Pemeriksaan tersebut diketuai oleh Dr. Khairulanwar Burhanuddin bersama Encik Nicholas Leow Chun Wei daripada NPRA.
Pemeriksaan dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan JKEUPM terhadap keperluan dan garis panduan etika penyelidikan melibatkan manusia, di samping memastikan pengurusan tadbir urus, dokumentasi, proses semakan etika serta pelaksanaan operasi jawatankuasa berada pada tahap yang selaras dengan piawaian dan amalan semasa.
Sepanjang sesi pemeriksaan berlangsung, pelbagai aspek berkaitan pengurusan dan pelaksanaan fungsi jawatankuasa etika telah diteliti secara menyeluruh oleh pihak pemeriksa daripada NPRA.
Pihak universiti merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, urus setia serta pihak berkaitan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang proses pemeriksaan dijalankan.




Tarikh Input: 08/05/2026 | Kemaskini: 08/05/2026 | amira.rahim
