Jika anda menghadapi masalah untuk fokus atau berasa mudah terganggu, itu mungkin tanda bahawa minda anda memerlukan rehat. Meditasi, journaling, atau berehat seketika dari tugasan yang kompleks dapat membantu memberi kelegaan mental. Buatlah pemisahan yang jelas antara waktu kerja dan masa peribadi.
Aktiviti sosial tidak selalunya menyegarkan — sesetengah interaksi boleh meletihkan, terutamanya dengan individu yang toksik. Rehat sosial bermaksud mengambil jarak dari hubungan yang menekan dan memberi keutamaan kepada individu yang menyokong emosi dan pertumbuhan diri anda.
Solat, membaca al-Quran, berzikir atau meluangkan masa bersendirian untuk refleksi diri dapat memberi ketenangan jiwa. Ia membantu kita menyambung semula dengan nilai dan tujuan hidup.
Dunia digital yang penuh dengan bunyi, cahaya dan notifikasi tanpa henti menjadikan deria kita cepat penat. Ambil masa untuk menjauhkan diri daripada skrin, berehat di ruang yang tenang, atau berjalan di taman tanpa gangguan teknologi.
Kita sering menyembunyikan perasaan sebenar dalam interaksi harian. Luangkan masa dengan individu yang menerima anda seadanya dan membenarkan anda meluahkan emosi tanpa dihakimi.
Aktiviti kreatif seperti melukis, menulis, bermain alat muzik atau mencuba hobi baharu dapat membantu menyegarkan minda dan mencetuskan idea-idea baharu.
Rehat bukan tanda kelemahan, sebaliknya ia adalah pelaburan untuk produktiviti, kesihatan, dan kebahagiaan jangka panjang. Cuba semak semula rutin harian anda. Adakah semua jenis rehat ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup anda? Mulakan dengan satu atau dua jenis rehat yang paling anda perlukan, dan rasakan perbezaannya.
Sumber Rujukan: Leaderonomics.com
Tarikh Input: 23/02/2026 | Kemaskini: 23/02/2026 | syafiqahfirdaus
