UTAMA | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Staf Pejabat TNCPI boleh mengakses pautan berikut untuk capaian pantas:

Sebaik saja melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat dari pelbagai bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

 

PUSAT ALUMNI
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

Tel: 0389471017
Fax: 0386566933
Email: alumni@upm.edu.my
Web: http://www.alumni.upm.edu.my

Pada tahun 2013, UPM berjaya membangunkan satu struktur ekosistem penyelidikan yang lebih baik dan komprehensif seiring dengan kehendak semasa. Sebanyak sebelas (11) kluster penyelidikan, sembilan puluh satu (91) program penyelidikan dan dua ratus empat puluh satu (241) kumpulan penyelidikan telah diwujudkan. Ekosistem penyelidikan ini memberikan impak secara langsung kepada hala tuju penyelidikan di UPM.

Dengan adanya struktur yang jelas ini, ahli akademik/penyelidik UPM akan terlibat dalam pelbagai program penyelidikan yang dibangunkan merentasi pelbagai disiplin di bawah kluster penyelidikan.

Dokumen rujukan untuk penyelidik adalah seperti berikut:

 

 

UPM mempunyai lebih daripada 1,000 teknologi yang sedia untuk dilesenkan kepada syarikat berminat di dalam pelbagai bidang. Lihat juga portfolio patent UPM di UPMIP.

Senarai Teknologi Baharu mengikut bidang adalah seperti berikut:

PERTANIAN

BIOTEKNOLOGI

MAKANAN

KESIHATAN DAN PERUBATAN

ELEKTRIK & ELEKRONIK

ICT

KEJURUTERAAN DAN BAHAN

PENDIDIKAN

ALAM SEKITAR

artikel
Pemeriksaan Jarak Jauh (Remote Inspection) JKEUPM oleh NPRA
Jawatankuasa Etika Universiti Untuk Penyelidikan Melibatkan Manusia, Universiti Putra Malaysia (JKEUPM) telah menjalani pemeriksaan secara jarak jauh (remote inspection) oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5 hingga 7 Mei 2025 secara dalam talian.
Pemeriksaan Jarak Jauh (Remote Inspection) JKEUPM oleh NPRA
Bagaimana Perkataan dan Diam Membentuk Pengaruh Anda
Bagaimana Perkataan dan Diam Membentuk Pengaruh Anda
Buli di tempat kerja, ancaman senyap yang menghakis keharmonian organisasi
Buli di tempat kerja, ancaman senyap yang menghakis keharmonian organisasi
Artikel-artikel lain...
berita
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM Selesai Hadapi Penilaian Peringkat Kedua EKSA
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM Selesai Hadapi Penilaian Peringkat Kedua EKSA
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) [PTNCPI], Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan Penilaian Peringkat Kedua Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2025/2026 bertempat di premis pentadbiran PTNCPI pada Rabu semalam.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
pinterest.png
insta.png
X, (11:53:51pm-11:58:51pm, 23 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]