
UPM SERDANG, 29 Jun 2026 – Budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) terus diperkasakan di peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi penganjuran Sesi Pembentangan EKSA Mengikut Zon dan Sesi Penyampaian Anugerah EKSA Pejabat TNCPI bagi Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 1, Pejabat TNCPI hari ini.
Program tahunan ini bertujuan untuk menilai serta memberi pengiktirafan kepada zon dan warga kerja Pejabat TNCPI yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan amalan terbaik EKSA, khususnya dalam aspek inovasi dan kelestarian hijau (Go Green).
Sesi penilaian pembentangan zon telah diadili oleh dua panel jemputan khas, iaitu Puan Kasmaria Zawawi dari Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM dan Encik Redzuan Awang dari Putra Business School (PBS), UPM.
Kemuncak program diserikan dengan upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.
Bagi kategori zon, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) berjaya merangkul Anugerah Inovasi Terbaik menerusi projek Flyers Stand, manakala Putra Science Park (PSP) membawa pulang Anugerah GO Green Terbaik melalui penghasilan EcoRack.
Selain kategori zon, pengiktirafan turut diberikan kepada komitmen individu melibatkan tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pengurusan Penyelidikan (BPI), RMC, dan PSP. Antara senarai pemenang bagi kategori individu adalah:
Anugerah Bilik Pegawai Terbaik: Cik Alia Amira Abd Rahim (BPI), Encik Nasrul Amri Selamat (RMC), dan Encik Mazlan Jamali (PSP).
Anugerah Ruang Kerja Staf Terbaik: Puan Nurul Wan Adzlyn Borhan (BPI), Encik Muhammad Haziq Kamarulzaman (RMC), dan Puan Norazaidah Yahaya (PSP).
Anugerah Komitmen Staf Terbaik: Cik Noor Syahirah Muhamad Rafi (BPI), Encik Ahmad Basri Zaidi (RMC), dan Puan Norazaidah Yahaya (PSP).
Penganjuran anugerah ini diharapkan dapat membakar semangat seluruh warga Pejabat TNCPI untuk terus konsisten mengekalkan budaya kerja yang sistematik, selamat, dan mesra alam demi menyokong kecemerlangan tadbir urus universiti.




Tarikh Input: 30/06/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | amira.rahim
