UPM Rangkul Anugerah Universiti Awam Paling Berkeusahawanan, 2016 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » UPM rangkul Anugerah Universiti Awam Paling Berkeusahawanan, 2016

UPM rangkul Anugerah Universiti Awam Paling Berkeusahawanan, 2016

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya merangkul Anugerah Universiti Awam (UA) Paling Berkeusahawanan, pada majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.

UPM menerima geran pembangunan keusahawanan bernilai RM200,000, trofi, plak dan sijil.

Selain itu, empat Universiti Awam yang memasuki peringkat akhir – UPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan Universiti Sains Malaysia (USM) – masing-masing turut menerima RM50,000.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr.  Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.

Anugerah itu bertujuan menghargai inisiatif dan usaha Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang cemerlang dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan.

Antara anugerah lain yang dipertandingkan ialah:

  • Institutional Award for Public University
  • Institutional Award for Private University
  • Institutional Award for Polytechnic
  • Institutional Award for Community College
  • Best Student Enterprise Award
  • Best Social Entrepreneurship Project Award
  • Best Entrepreneurship Mentor Award

 

 

 

Sementara itu Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata pertandingan itu adalah satu usaha kerajaan dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan institusi pengajian tinggi yang lebih kondusif dan lestari selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawan IPT 2016-2020.

Beliau berkata, kemenangan UPM itu menunjukkan bahawa staf dan pelajar UPM boleh mencapai pelbagai kejayaan besar termasuk dalam bidang keusahawanan.  

“Saya harap semua pelajar akan sama-sama melibatkan diri dalam dalam program yang dijalankan oleh universiti. Ini akan membuatkan mereka lebih berjaya pada masa depan,” katanya.

Beliau bersyukur atas kemenangan UPM itu dan mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr.Muhammad Shatar Sabran; Putra Science Park (PSP), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Pejabat Naib Canselor, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Fakulti Pertanian, Hospital Veterinar serta Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) yang menjadi tulang belakang dan sekretariat yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan UPM berhubung pertandingan itu. - UPM 

Tarikh Input: 17/08/2017 | Kemaskini: 17/08/2017 | fakarrudeen

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXDdKAq~