UPM Iktiraf Kecemerlangan Warga, 15 Staf Terima Anugerah Fellowship Naib Canselor | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) tncpi
» BERITA » UPM iktiraf kecemerlangan warga, 15 staf terima Anugerah Fellowship Naib Canselor

UPM iktiraf kecemerlangan warga, 15 staf terima Anugerah Fellowship Naib Canselor

Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menghargai kecemerlangan dan dedikasi warganya apabila 15 staf menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 yang berlangsung hari ini.

Naib Canselor UPM, Datuk Profesor Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, penganjuran majlis itu mencerminkan komitmen universiti dalam mengiktiraf prestasi cemerlang, sumbangan besar serta pengorbanan warga UPM sepanjang tahun 2025.

"MGP bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, tetapi platform rasmi universiti untuk menghargai jasa dan bakti warga kerja yang menyumbang kepada pembangunan UPM sebagai institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau turut menyeru seluruh warga universiti agar terus memupuk budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan penuh iltizam selaras dengan visi serta aspirasi universiti.

 

Baca selanjutnya di hmetro.com.my

Tarikh Input: 20/05/2026 | Kemaskini: 20/05/2026 | syafiqahfirdaus

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
X, (02:42:33am-02:47:33am, 12 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]