4 Mac 2024, Serdang - Sesi Town Hall "Ke Arah Penyelidikan yang Relevan dan Berimpak", dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Pegawai Akademik/ Penyelidik UPM. Sesi ini telah diadakan di Auditorium Rashdan Baba, Aras 3, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
Tujuan sesi ini adalah untuk membentangkan hala tuju penyelidikan Universiti serta strategi yang direncanakan dalam usaha meningkatkan impak penyelidikan. Di samping itu, dapat memberi ruang dan peluang kepada Pegawai Akademik/ Penyelidik yang hadir untuk berinteraksi bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci mengenai isu-isu berkaitan hala tuju penyelidikan.




Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | maisarahnoor
