Sesi Santai Tapi Bermakna Kick-Off Tahun 2026: Kita, Peranan, Dan Harapan | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) tncpi
» BERITA » Sesi Santai tapi Bermakna Kick-Off Tahun 2026: Kita, Peranan, dan Harapan

Sesi Santai tapi Bermakna Kick-Off Tahun 2026: Kita, Peranan, dan Harapan

UPM Serdang, 16 Januari 2026 – Sesi Santai tapi Bermakna: Kick-Off Tahun 2026 telah berjaya dianjurkan pada 16 Januari 2026 bertempat di Mini Auditorium, Bangunan TNCPI

Program ini menampilkan Encik Shahriman, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, yang telah menyampaikan perkongsian bertajuk “Kita, Peranan, dan Harapan”. Perkongsian tersebut memberi penekanan terhadap peranan dan tanggungjawab warga kerja serta harapan bersama dalam memperkukuh hala tuju organisasi bagi tahun 2026.

Sesi ini telah disertai oleh kakitangan Pejabat TNCPI bersama entiti-entiti di bawahnya dan berlangsung dalam suasana santai namun bermakna. Penganjuran program ini selari dengan objektifnya sebagai platform penyelarasan awal tahun, perkongsian pandangan serta pengukuhan semangat kebersamaan dan kerja berpasukan dalam organisasi.

Pihak penganjur berharap agar program seumpama ini dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih berkesan serta menyumbang kepada pencapaian yang cemerlang dan berimpak tinggi sepanjang tahun 2026.

Tarikh Input: 16/01/2026 | Kemaskini: 16/01/2026 | syafiqahfirdaus

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
X, (02:50:50am-02:55:50am, 03 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]