12 Julai 2024, Serdang - Jawatankuasa Pelaksana EKSA Peringkat Zon Pejabat TNCPI telah melaksanakan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai 2.0 yang merupakan cetusan idea dan inisiatif daripada Pegawai yang Bertanggungjawab (PYB) bagi Sudut Go Green PTNCPI sebagai salah satu usaha pelaksanaan tindakan penjimatan/ Go Green.
Setelah minyak masak terpakai dikumpulkan, ianya dijual dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke dalam tabung EKSA PTNCPI. Hasil daripada aktiviti ini, warga pejabat berjaya menjual minyak masak terpakai dengan nilai sebanyak RM 77.00. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga pejabat yang telah berjaya bertungkus lumus merealisasikan aktiviti ini.



Tarikh Input: 17/07/2024 | Kemaskini: 18/07/2024 | maisarahnoor
