Pembukaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Pembukaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015

Pembukaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015

SERDANG, 25 Ogos 2021 – Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 Pejabat TNCPI telah diadakan pada 25-1 September 2021 yang diketuai oleh Ketua Juruaudit, En. Wan Zaharuddin bin Wan Abdullah@Abd Rahman. Seramai 13 orang Juruaudit Dalaman bertugas dari setiap entiti iaitu Bahagian Pentadbiran, Putra Science Park dan Pusat Pengurusan Penyelidikan.

Audit ini bertujuan untuk memastikan kecukupan, pematuhan dan pemantauan mengikut keperluan sistem pengurusan kualiti dan Standard MS ISO 9001: 2015. Hasil daripada audit dalaman juga memberi peluang kepada tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dilaksanakan secara sistematik dan berterusan. Terima kasih diucapkan kepada semua warga TNCPI di atas segala komitmen dan sokongan sepanjang proses audit berlangsung.

Tarikh Input: 01/09/2021 | Kemaskini: 27/09/2021 | salehaharon

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXEZGAV~