MESYUARAT EKSA PEJABAT TNCPI PERKUKUH AMALAN PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) tncpi
» BERITA » MESYUARAT EKSA PEJABAT TNCPI PERKUKUH AMALAN PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI

MESYUARAT EKSA PEJABAT TNCPI PERKUKUH AMALAN PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI

UPM Serdang, 19 Januari 2026 – Satu Mesyuarat EKSA Peringkat Zon Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) [TNCPI] telah diadakan pada 19 Januari 2026 bertempat di Bilik Lembaga 1, Pejabat TNCPI. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Azan bin Kamaruzaman dan dihadiri oleh Ketua Pentadbiran, Encik Shahriman bin Hashim, Ketua BPMU, Encik Md Nizam bin Mahat @ Ibrahim, serta staf-staf Pejabat TNCPI dan BPMU.

Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit bagi memastikan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Seterusnya, mesyuarat membincangkan hasil dapatan audit EKSA terdahulu, termasuk maklum balas serta cadangan tindakan penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan EKSA di Pejabat TNCPI.

Selain itu, mesyuarat turut meluluskan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) dan Pegawai Bertanggungjawab (PYB) yang baharu bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan aktiviti EKSA. Pelantikan ini diharapkan dapat menyuntik idea baharu serta meningkatkan komitmen warga kerja terhadap amalan EKSA.

Mesyuarat juga membincangkan cadangan aktiviti gotong-royong serta perancangan program-program EKSA yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berimej korporat.

Mesyuarat ini telah diselaraskan oleh Setiausaha, Noor Syahirah binti Mohd Rafi dan berakhir dengan harapan agar semua warga Pejabat TNCPI dan BPMU terus komited dalam menjayakan EKSA sebagai budaya kerja yang mampan dan berterusan.

Tarikh Input: 20/01/2026 | Kemaskini: 20/01/2026 | syafiqahfirdaus

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
X, (02:43:59am-02:48:59am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]