Memperkasa Keterjaminan Makanan Melalui Inovasi Pertanian UPM | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Memperkasa Keterjaminan Makanan Melalui Inovasi Pertanian UPM

Memperkasa Keterjaminan Makanan Melalui Inovasi Pertanian UPM

3 April 2026, UPM -  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan ke fasiliti pertanian berteknologi tinggi di Fakulti Pertanian UPM, iaitu Reban Ayam Tertutup dan Kilang Tanaman UPM.

Lawatan ini turut diiringi oleh Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Dekan Fakulti Pertanian serta Encik Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat TNCPI UPM.

Kilang Tanaman UPM
Inisiatif pertanian moden ini mengaplikasikan konsep pencahayaan buatan dan persekitaran terkawal bagi menghasilkan sayuran secara mampan. Dengan penggunaan air yang minimum, produktiviti yang lebih tinggi serta bebas racun serangga, pendekatan ini menyokong usaha UPM dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pengeluaran yang konsisten, selamat dan berkualiti tinggi.

 

Reban Ayam Tertutup UPM
Fasiliti penternakan canggih ini dilengkapi sistem kawalan suhu dan kelembapan serta sangkar tiga tingkat yang mampu menampung sehingga 7,500 ayam pedaging. Kecekapan sistem ini memastikan pengeluaran sumber protein yang stabil dan berkualiti, sekali gus menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan.

 



Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dalam menerajui inovasi pertanian berteknologi tinggi selaras dengan agenda keterjaminan makanan, demi memastikan bekalan makanan yang mencukupi, selamat dan lestari untuk masa hadapan.

Tarikh Input: 07/04/2026 | Kemaskini: 07/04/2026 | syafiqahfirdaus

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
W, (08:59:32am-09:04:32am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]