Lawatan Tapak UPM–Hiroshima University Living Lab | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Lawatan Tapak UPM–Hiroshima University Living Lab

Lawatan Tapak UPM–Hiroshima University Living Lab

6 April 2026, UPM - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan ke tapak UPM–Hiroshima University Living Lab for Conservation Grazing in Sustainable Oil Palm Plantations.



Lawatan ini diiringi oleh Encik Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat TNCPI UPM serta dipandu oleh Prof. Madya Dr. Badrul Azhar Md. Sharif dari Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

Living Lab ini merupakan manifestasi kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dan Hiroshima University. Inisiatif ini bertujuan merealisasikan agenda kesihatan planet (planetary health) dan keterjaminan makanan melalui pendekatan inovatif yang menggabungkan amalan penggembalaan konservasi dalam perladangan kelapa sawit mampan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan UPM dalam memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi serta kerjasama antarabangsa ke arah kelestarian alam sekitar dan sekuriti makanan global.

Tarikh Input: 07/04/2026 | Kemaskini: 07/04/2026 | syafiqahfirdaus

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
W, (02:05:45am-02:10:45am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]