
18 Mei 2026, Sepang- Pada 14 Mei 2026 yang lalu, delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM diketuai Encik Azan Kamaruzaman bersama Pejabat Bursar UPM yang dipimpin oleh Puan Yusnawati Md Isa telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Sepang.
Sesi perbincangan telah dipengerusikan dengan jayanya oleh Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua MP Sepang.

Selain meninjau amalan EKSA di sekitar ibu pejabat, delegasi turut dibawa melawat Pusat Inovasi @ Sepang untuk melihat salah satu projek Go Green iaitu pemprosesan minyak terpakai. Satu tanda aras yang sangat baik dalam menggabungkan elemen pengurusan kondusif dan kelestarian alam sekitar.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MP Sepang atas layanan yang amat mesra dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga ukhuwah dan kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi pembudayaan EKSA yang cemerlang di UPM.

Tarikh Input: 18/05/2026 | Kemaskini: 18/05/2026 | syafiqahfirdaus
