Lawatan Kerja Ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) tncpi
» BERITA » Lawatan Kerja ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Lawatan Kerja ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

25 Jun 2024, Bintulu - YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan delegasi telah mengadakan Lawatan Kerja ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di Bintulu, Sarawak pada 25 Jun 2024. Lawatan ini disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (Pengarah Kampus), YBrs. Prof. Madya Dr. Noorasmah Binti Saupi (Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan), YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin (Dekan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains) dan YBrs. Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus (Pengarah, Institut Ekosains Borneo).

Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah, Putra Science Park UPM), YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan (Pengarah, Penerbit), YBrs. Prof. Madya. Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman (Timbalan Pengarah, Perancangan dan Pengurusan Data Penyelidikan, RMC), En. Shahriman Hashim (Ketua Pentadbiran Pejabat TNCPI), En. Md. Nizam Mahat @ Ibrahim (Ketua Bahagian Pengurusan Makmal Universiti) dan En. Mohd Khairi Hasan (Pegawai Khas TNCPI).

 

Ucapan Aluan YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi

 

Semasa lawatan tersebut, telah diadakan Sesi Interaksi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama warga UPMKB dan tiga buah entiti dibawahnya iaitu Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) dan Institut Ekosains Borneo (IEB). Delegasi turut mengambil peluang untuk melawat sekitar kawasan UPMKB termasuk membuat lawatan ke Makmal Kualiti Air dan Sains Marin, Makmal Sains Tanah, Makmal Instrumentasi dan Makmal Kimia Organik.

 

Lawatan ke makmal-makmal di UPMKB

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | maisarahnoor

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
X, (01:31:29am-01:36:29am, 07 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]