6 Februari 2024, Serdang - YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM telah mengadakan kunjungan hormat ke UPM-MTDC Technology Centre bersama YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah Putra Science Park, UPM.
Kunjungan ini telah disambut oleh YBrs. Dr. Mohd. Azman Zainul Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Ekosistem SBU, YBrs. Tuan Suhairi Samad, Timbalan Presiden Unit Pengurusan Aset dan YBrs. Puan Azian Azizan, Timbalan Naib Presiden UPM-MTDC.
Pihak Pejabat TNCPI telah diberikan pendedahan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan MTDC termasuk inisiatif-inisiatif yang sedang giat dijalankan. Semoga lawatan ini membuka peluang kepada UPM dan MTDC untuk mengenalpasti peluang kerjasama di masa akan datang.


Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | maisarahnoor
