Kerjasama UPM–WUR Pacu Revolusi Agromakanan Negara | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) tncpi
» BERITA » Kerjasama UPM–WUR Pacu Revolusi Agromakanan Negara

Kerjasama UPM–WUR Pacu Revolusi Agromakanan Negara

 
Cameron Highlands, Pahang - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalin kerjasama strategik bersama Wageningen University & Research (WUR), Belanda dan SMACH Venture Sdn. Bhd. bagi memperkasa pembangunan pertanian pintar berimpak tinggi di Cameron Highlands, Pahang pada 11 Februari 2026. Majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Letter of Intent (LOI) itu disaksikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, sekali gus mencerminkan sokongan institusi diraja terhadap agenda pemodenan sektor agromakanan negara. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi dan hasil penyelidikan daripada makmal ke ladang secara praktikal dan berskala besar.
 
Kerjasama tersebut menyasarkan pembangunan model ekosistem pertanian pintar yang mampan dengan Cameron Highlands sebagai perintis, melibatkan adaptasi teknologi bertaraf dunia, pembangunan konsep Living Lab melalui SMACH Agropark serta pembentukan agripreneur moden yang celik data, IoT dan kelestarian. Disokong pelbagai pihak termasuk DOA, UMPSA dan YPSA, inisiatif ini berpotensi meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani, sekali gus meletakkan Pahang sebagai hab pertanian pintar yang boleh dikembangkan ke peringkat global.
 
 
 

Tarikh Input: 13/02/2026 | Kemaskini: 13/02/2026 | amira.rahim

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
W, (06:04:18pm-06:09:18pm, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]