7 Jun 2024, Serdang - Blueprint Keterjaminan Makanan UPM telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan semasa Karnival Keterjaminan Makanan yang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Selain itu, turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Blueprint Keterjaminan Makanan UPM yang dilancarkan bertujuan untuk dijadikan rujukan bukan sahaja kepada pihak akademik tetapi untuk pelbagai peringkat dalam membantu isu keterjaminan makanan.
Pelbagai aktiviti dan pameran yang menarik diadakan iaitu Forum Pertanian untuk Rakyat (PUTRA): Inklusiviti UPM Menyubur Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Sesi Perkongsian dan Demonstrasi Pertanian Bandaran, Pameran Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Jualan Produk Pertanian dan Keterjaminan Makanan.





Sumber Gambar: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tarikh Input: 20/06/2024 | Kemaskini: 20/06/2024 | maisarahnoor
