23 Mei 2024 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pejabat TNCPI akan mengadakan satu taklimat seperti butiran berikut:-
Tajuk: Program 1RAPi & Taklimat Pencegahan Kebakaran
Tarikh: 31 Mei 2024 (Jumaat)
Masa: 9:30 - 11:00 pagi
Tempat: Auditorium Rashdan Baba, Aras 3 Pejabat TNCPI
Penceramah: Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL)
Sesi taklimat ini adalah disasarkan kepada semua warga Pejabat TNCPI dan entiti di bawahnya termasuk semua PTJ yang berada di Bangunan Pejabat TNCPI yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran.
Dijemput semua hadir ke taklimat tersebut bagi mendapatkan maklumat berkaitan pencegahan kebakaran yang akan disampaikan oleh wakil dari Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL).

Tarikh Input: 23/05/2024 | Kemaskini: 23/05/2024 | adzlyn
