EKSA Dan Pejabat TNCPI Sebagai Peneraju Penyelidikan UPM | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » EKSA dan Pejabat TNCPI sebagai peneraju penyelidikan UPM

EKSA dan Pejabat TNCPI sebagai peneraju penyelidikan UPM

 

Serdang 15 Ogos - Selaras dengan Pelaksanaan EKSA seluruh UPM, Pejabat TNCPI hari ini melancarkan kempen ini secara rasmi. Pelancaran telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dr. Nazamid Saari , Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Putra Malaysia. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah penjenamaan semula Amalan 5S. EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambahbaik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Objektif penjenamaan ini memberi penekanan kepada menjadikan Pejabat TNCPI sebagai sebuah entiti yang berimej korporat dengan persekitaran kerja kondusif. Amalan EKSA juga menekankan kreativiti dan inovasi sebagai satu cara bagaimana ia membantu menambah baik serta menambah kecekapan dalam perkhidmatan.Persekitaran hijau di samping kebersihan menjadi amalan yang memberikan suasana kerja kepada komuniti di Pejabat TNCPI ke arah yang lebih berdaya maju dan cemerlang.

Dalam amanat yang disampaikan, Prof. Dr. Nazamid menekankan betapa pentingnya Pejabat TNCPI sebagai peneraju perkembangan penyelidikan di UPM. Malahan usaha untuk memartabatkan penyelidikan dengan perlaksanaan EKSA memberi makna yang lebih besar. Apatah lagi dalam suasana iklim ekonomi dan politik yang kian mencabar Para Penyelidik telah di amanahkan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih besar. Usaha sedang dilakukan dengan setiap penyelidik dan mereka yang di berikan amanah untuk mencari dana bagi membiayai setiap projek secara sendiri atau mendapatkan dana yang boleh membantu UPM memperkasakan penyelidikan secara berterusan. Ini adalah satu bentuk tugasan atau penambah baik kecekapan kepada warga penyelidik untuk menjadikan UPM lebih tersohor dimasa depan.

Turut sama pada hari pelancaran adalah Pengarah , Ketua Pentadbiran dan pegawai bagi setiap bidang. Untuk menambahkan pengetahuan dan kecekapan satu taklimat turut di adakan yang disampaikan oleh En Mohd Isnain Ali selaku Ketua Fasilitator EKSA UPM.

Tarikh Input: 21/08/2022 | Kemaskini: 22/08/2022 | lanjoy2006@g.mail.com

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXESOAz~