Bengkel Pemantapan Dan Pengukuhan Organisasi Pejabat TNCPI | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) tncpi
» BERITA » Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan Organisasi Pejabat TNCPI

Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan Organisasi Pejabat TNCPI

9 & 10 Mac 2024, Port Dickson – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan Organisasi Pejabat TNCPI. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan dijalankan selama dua hari satu malam di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang masing-masing dengan cekap dan inovatif ke arah menyumbang kepada pembangunan UPM. Selain itu, ianya juga menjadi satu platform yang penting untuk membentuk jati diri dan potensi kepimpinan ahli organisasi dalam pengurusan kerja.

Selain daripada itu, turut diadakan aktiviti riadah semasa bengkel tersebut. Ianya bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan dalam berpasukan dan memastikan ahli organisasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kekal aktif. Malah, ianya juga seiring dalam usaha merealisasikan pasukan kerja yang mantap dan berdaya tahan. Pada akhir bengkel, ahli organisasi diberi penghargaan di atas komitmen mereka yang tinggi dalam menjayakan bengkel ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | maisarahnoor

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
X, (06:06:51am-06:11:51am, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]