Audit PENILAIAN TAPAK PENCAPAIAN MyRA® 2021 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Audit PENILAIAN TAPAK PENCAPAIAN MyRA® 2021

Audit PENILAIAN TAPAK PENCAPAIAN MyRA® 2021

 

Serdang, 5 Julai - Audit PENILAIAN TAPAK PENCAPAIAN MyRA® TAHUN 2021 Universiti Putra Malaysia telah berlangsung di Putra Science Park , Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM. Program Penilaian tahunan ini adalah yang ke dua selepas tahun 2021 apabila universiti dibuka semula akibat penutupan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Akibat pandemik Audit Penilaian ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

Pada hari pertama agenda adalah Mesyuarat Pembukaan dengan kehadiran YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman selaku Naib Canselor UPM, Pengurusan Tertinggi UPM, Panel Penilai yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Muhammad Yahaya dari Universiti Kebangsaan Malaysia ,TaskForce, Urusetia dan wakil dari Jabatan Pengajian Tinggi (KPT) dan wakil dari UPM sendiri.

Audit yang berlangsung selama dua harı bermuia pada 5 hb Julai 2022 dan 6 hb Julai 2022. Universiti Putra Malaysia merupakan Universiti Awam yang pertama di audit untuk tahun 2022 ini. Penilaian Tapak Pencapaian MyRA® digunakan untuk menilai kapasiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan. MyRA® merupakan instrumen untuk menaksir keupayaan penyelidikan pada peringkat institusi. Ia mengukur kecemerlangan dengan menilai jarak sesebuah IPT dari profil (tanda aras) yang ditakrifkan sebagai cemerlang bagi sebuah universiti penyelidikan di negara ini.

Selain dari Penilaian di Pusat Penilaian Putra Science Park, Panel penilai juga membuat lawatan ke beberapa entiti antaranya ke Hospital Pengajar UPM dan beberapa makmal Fakulti di UPM.

Pada 6 Julai 2022, Mesyuarat Penutup Audit PENILAIAN TAPAK PENCAPAIAN MyRA® TAHUN 2021 telah disempurnakan Oleh YBhg Prof. Dr. Nazamid bin Saari selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 15/07/2022 | Kemaskini: 15/07/2022 | lanjoy2006@g.mail.com

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXEZSAH~