Edupark | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» Edupark

Edupark


map




Ladang 16
Rusa dan lembu yang jinak antara penghuni di ladang yang indah ini. Ladang berkeluasan adalah kawasan penyelidikan bagi haiwan ruminan yang bebas berkeliaran di padang rumput tanpa gangguan. Abadikan kenangan dengan bergambar berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup menarik ini dan sering menjadi lokasi penggambaran filem di Malaysia. Seperti di zoo, pengunjung boleh mencuba aktiviti memberi makanan kepada haiwan dengan rumput yang disediakan oleh staf. Pasti teruja apabila melihat sendiri bagaimana perahan susu lembu dilakukan.

Taman Konservatori UPM
Jika anda ingin melihat kepelbagaian tumbuhan hutan dalam satu kawasan, Taman Konservatoti UPM tersedia untuk anda. Menyusuri laluan pejalan kaki di atas tanah seluas 2 hektar, anda dapat menyaksikan hampir 600 spesies tumbuhan yang dipulihara sejak tahun 2003. Kemudahn internet tanpa wayar secara percuma memudahkan anda meneliti ciri-ciri setiap spesies tumbuhan berbeza di 11 zon utama iaitu halia, orkid, paku pakis dan lain-lain. Bukan itu sahaja, sebelum pulang pelajari khasiat tumbuhan ubatan tradisional untuk di warisi bagi kegunaan sendiri.

Pusat Ekuin UPM
Salah satu tarikan utama di UPM, Pusat Ekuin UPM menawarkan peluang bagi pelawat untuk mendekati haiwan yang terkenal dengan ketangkasan dan kelincahan iaitu kuda (Equus caballus). Pusat Ekuin yang berkeluasan 4 hektar ini meliputi dua buah bangunan stable yang mampu memuatkan 47 ekor kuda. Mempunyai sand paddock bertaraf antarabangsa berukuran 45.72 M x 6.096 M, trek tunggangan di padang ragut seluas 160 hektar dan trek tunggangan di kawasan ladang sejauh 30 km. Pelajari dan terokai teknik penjagaan dan dandanan kuda agar kuda sentiasa segak bergaya. Bagi yang berminat sukan ekustrian, kelas penunggangan kuda turut tersedia dengan kadar yang berpatutan.

Muzium Anatomi manusia UPM
Di sini adalah tempat yang terbaik untuk mempelajari tentang perubatan dan kesihatan manusia. Muzium Anatomi Manusia mempamerkan informasi berkaitan kesihatan manusia menerusi koleksi sebenar spesimen organ manusia, model rangka manusia tiruan dan poster-poster kesihatan berkaitan.

Muzium Anatomi Haiwan UPM
Alam dinosaur telah meninggalkan kita berabad lamanya. Namun teruskan pencarian rangka haiwan di Muzium Anatomi Haiwan yang ditubuhkan sejak tahun 1979. Saksikan sendiri rangka sebesar kuda hingga sekecil katak ada di sini.

Galeri Serdang
Galeri Serdang mempamerkan karya ciptaan seni yang hebat dan unik dari artis tempatan bertaraf antarabangsa.  Berada di ruang galeri membangkitkan semangat ingin tahu dan meransang daya fikiran kreatif pengunjung menerusi aktiviti seni, pameran dan syarahan umum oleh kurator galeri atau jemputan. Kehadiran pengunjung pasti tidak lengkap jika tidak menyusuri denai ilmu yang menggambarkan kepentingan seni lanskap dalam kehidupan kita. Dapatkan cenderamata eksklusif ciptaan artis di Kedai Galeri yang terletak bersebelahan Galeri Serdang.

Kemudahan lain..

Putra Mart
Putra Mart yang terletak bersebelahan Padang Golf UPM menawarkan hasil segar sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang UPM, produk Industri Kecil dan Sederhana serta produk penyelidikan UPM. Dapat juga pelbagai pilihan cederahati tanda kenang-kenangan UPM dengan harga yang berpatutan di sini.

Restoran L’apprenti
Restoran L’apprenti terletak berhadapan stadium UPM, menawarkan kepelbagaian citrasa hidangan tempatan serta antarabangsa. Dihidangkan dari ‘high-tech kitchen’ oleh chef yang profesional dan bertauliah, warna dan aroma makanan pasti membangkitkan selera anda.



Bagi sebarang pertanyaan lanjut dan mendapatkan pakej Edupark;

Pejabat Edu Park,
Putra Science Park,
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),
UPM, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.

Tel: +6 (03) 8947 1413 
Fax: +6 (03) 8947 1417
Emel : contact@edupark.com.my

Kemaskini:: 10/01/2014 [asrizam]

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
S, (03:26:28am-03:31:28am, 06 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]