Taklimat Kesedaran Pemantapan EKSA Pejabat TNCPI Tahun 2023 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Taklimat Kesedaran Pemantapan EKSA Pejabat TNCPI Tahun 2023

Taklimat Kesedaran Pemantapan EKSA Pejabat TNCPI Tahun 2023

SERDANG, 8 September – Taklimat kesedaran Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan salah satu program anjuran ahli sekretariat Latihan EKSA peringkat induk Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi sesi 2023. Sesi taklimat ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengahari bertempat di Mini Auditorium 1, Aras 3, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia.

Sesi taklimat kali ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Sahrizan bin Mat Yatim dari Pusat Perhubungan Alumni, UPM yang juga merupakan Fasilator bagi Jawatankuasa pelaksana EKSA Pejabat TNCPI.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan di tahap yang lebih menyeluruh kepada seluruh Jawatankuasa pelaksana EKSA di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang bakal menghadapi audit dalaman EKSA tidak lama lagi.

Sesi taklimat dimulakan dengan Kata Alu-Aluan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Encik Shahriman bin Hashim selaku Ketua Pentadbiran sebelum diteruskan dengan taklimat oleh penceramah jemputan. Melalui taklimat ini, ahli Jawatankuasa telah didedahkan tentang skop menyeluruh EKSA, bermula dari pengetahuan asas dan latar belakang EKSA, kategori PTJ yang dinilai sehingga skop keseluruhan ruangan EKSA serta kriteria penilaian yang dinilai oleh pihak auditor yang dilantik sewaktu audit berlangsung.

Para hadirin yang hadir, turut berkesempatan mengajukan soalan kepada penceramah ketika sesi berlangsung bagi mendapatkan pencerahan secara terus sebagai persediaan dalam meghadapi sesi audit dalaman EKSA yang lebih rapi.

Taklimat berakhir pada jam 12:00 tengahari dengan acara kuiz yang telah dikendalikan melalui platform dalam talian oleh Puan Norliyana binti Kamaruddin dari Putra Science Park. Kuiz yang telah disediakan tersebut dilihat sebagai salah satu aktiviti bagi mengukuhkan fahaman para hadirin dalam memahami EKSA.

Acara kuiz tersebut menyaksikan setiap wakil dari ketiga-tiga entiti di bawah Pejabat TNCPI dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.  Pemenang tempat pertama dimenangi oleh Puan Nur Ellia binti Mohd Ajis dari Putra Science Park, manakala tempat kedua dimenangi oleh Cik Nor Atiqah Dayini dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Nur Arina dari Pusat Pengurusan Penyelidikan.

 

Tarikh Input: 15/09/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXEbUAy~