Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) komited di dalam menerajui kecemerlangan agenda penyelidikan dan inovasi merentasi semua bidang pengajian. Pejabat ini menyelia pentadbiran dan menyokong aktiviti pembangunan penyelidikan yang memberikan manfaat kepada komuniti. Kami menyediakan garis panduan dan khidmat nasihat berkaitan pengkomersilan, permohonan perlindungan harta intelek (paten dsb), geran R&D, dana penerbitan, inkubator dan aktiviti pemindahan teknologi serta lain-lain inisiatif penyelidikan.