SOALAN LAZIM | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

SOKONGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
1
Apakah proses lantikan Penyelidik Bersekutu Institut?

  • Pencalonan Penyelidik Bersekutu adalah daripada Pengarah Institut kepada TNCPI dengan menggunakan Borang Pencalonan Penyelidik Bersekutu.
  • Semakan akan dibuat di pihak pejabat TNCPI dan seterusnya akan mendapatkan persetujuan TNCPI.
  • Sekiranya TNCPI bersetuju dengan pencalonan tersebut, surat tawaran bersama borang maklum balas persetujuan akan diberikan kepada institut untuk edaran kepada calon Penyelidik Bersekutu berkaitan.
  • Borang maklum balas persetujuan Penyelidik Bersekutu perlu dihantar semula kepada pihak TNCPI dalam tempoh masa ditetapkan.

  • PERSONEL R&D
    2
    Apakah yang dimaksudkan dengan Personel R&D?

    Personel R&D dalam konteks penyelidikan di UPM ialah Felo Penyelidik, Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik dan Enumerator.

    3
    Apakah garis panduan yang boleh dirujuk untuk lantikan Personel R&D?
    4
    Pihak mana yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai lantikan Personel R&D?

    Maklumat perhubungan boleh dirujuk kepada pihak berikut:
    Pegawai Tadbir
    Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
    Bahagian Pentadbiran
    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
    Universiti Putra Malaysia Telefon : 03-9769 1259 | 03-9769 1242
    Emel :mohdrezuan@upm.edu.my / nohajijah@upm.edu.my


    PERUNDANGAN PENYELIDIKAN
    5
    Apakah perbezaan di antara Memorandum Persefahaman (MoU) Memorandum Perjanjian (MoA)?

    Memorandum Persefahaman (MoU) adalah persefahaman dan pernyataan hasrat antara dua atau lebih pihak yang digariskan dalam dokumen formal dan lazimnya digunakan pada peringkat awal perundingan. MoU tidak mengikat pihak-pihak secara sah. MoU menandakan kesediaan pihak-pihak untuk meneruskan dengan perjanjian mengikat pada masa akan datang. Memorandum Perjanjian (MoA) adalah dokumen formal yang digunakan untuk menggariskan perjanjian yang dibuat antara pihak-pihak. MoA adalah dokumen undang-undang yang mengikat dan pihak-pihak adalah bertanggungjawab terhadap komitmen mereka. MoA mempunyai terma-terma dan syarat-syarat termasuk tetapi tidak terhad kepada tanggungjawab pihak-pihak, tempoh, representasi, hak dan liabiliti, indemniti dan syarat umum lain yang harus dipatuhi oleh setiap pihak di dalam MoA tersebut.

    6
    Apakah jenis-jenis dokumen suratcara perjanjian yang akan melalui semakan Seksyen Perundangan, Pejabat Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan dan Inovasi).

    Semua dokumen suratcara perjanjian yang akan dimasuki dengan pihak ketiga yang berkaitan penyelidikan dan harta intelek universiti termasuk perjanjian kerjasama penyelidikan, perjanjian geran, perjanjian pemindahan bahan, perjanjian kerahsian, perjanjian pemilikan harta intelek, perjanjian pelesenan, perjanjian penyerahhakan harta intelek dan perjanjian sewaan dibawah Putra Science Park (PSP).

    7
    Adakah pihak-pihak perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) sebelum sesuatu projek penyelidikan dijalankan?

    NDA dikehendaki untuk ditandatangani sekiranya terdapat perbincangan awal dengan pihak ketiga bagi menjaga kerahsiaan maklumat semasa perbincangan / mesyuarat dan bagi melindungi pertukaran maklumat rahsia di antara pihak-pihak. NDA tersebut perlulah ditandatangani sebelum perbincangan dan pendedahan maklumat sulit dilakukan kepada pihak ketiga.

    8
    Adakah semua dokumen suratcara perjanjian perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa-jawatankuasa universiti sebelum boleh ditandatangani?

    Semua dokumen suratcara perjanjian hendaklah mendapat kelulusan jawatakuasa universiti (mengikut mana yang berkenaan) iaitu Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan Jawatankuasa Tetap Keawangan (JKTK) berdasarkan kategori perjanjian sebelum boleh ditandatangani kecuali bagi NDA yang hanya memerlukan semakan dan pengesahan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang. Terdapat juga kategori suratcara perjanjian yang perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) sebelum boleh ditandatangani.

    9
    Apakah dokumen rujukan utama bagi penyelidikan dan harta intelek?

    Dokumen rujukan utama bagi penyelidikan dan harta intelek yang berkuatkuasa adalah Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Penyelidikan) 2012,
    Kaedah-Kaedah UPM (Perkara Penyelidikan)(Pindaan) 2012 dan Dasar UPM (Harta Intelek & Pengkomersilan Hak Harta Intelek Universiti) 2013


    SEWAAN
    10
    Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan sewaan?

    Perkhidmatan sewaan yang dimaksudkan ialah sewaan ruang di bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Kadar sewaan mengikut jenis ruang dan kategori. Pihak luar yang berminat boleh merujuk maklumat lanjut melalui pautan –>Jadual Dan Borang Tempahan Ruang .

    11
    Pihak mana yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan sewaan?

    Maklumat perhubungan boleh dirujuk kepada pihak berikut:
    Pegawai Tadbir
    Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
    Bahagian Pentadbiran
    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
    Universiti Putra Malaysia Telefon : 03-9769 1246
    Emel : haslinawati@upm.edu.my

    Kemaskini:: 08/03/2022 [lanjoy2006@g.mail.com]

    PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 1002/1293
    -
    SXDTSAE~