Pejabat TNCPI Selesai Jalani Sesi Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Pejabat TNCPI Selesai Jalani Sesi Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang

Pejabat TNCPI Selesai Jalani Sesi Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang

 PEJABAT TNCPI SELESAI JALANI SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG

SERDANG, 18 Ogos 2023 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah selesai jalani Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena Program Semarak Merdeka 2023 anjuran Pusat Kebudayaan dan Keseniaan UPM.

Barisan sekretariat seramai 8 orang merupakan pegawai yang mewakili setiap entiti di bawah pejabat TNCPI iatu Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Putra Science Park.

Sesi penilaian yang berlangsung pada jam 10:00 pagi berjalan selama 20 minit dengan sesi gimik dilancarkan oleh ketua juri sebelum persembahan koir dipertontonkan kepada barisan panel.

Menurut Encik Shahrizan yang juga merupakan Ketua Sekretariat bagi PTJ Pejabat TNCPI memaklumkan, persediaan bagi menghadapi sesi penilaian tersebut berlangsung selama 2 minggu melibatkan dari proses pengumpulan barang kitar semula, perbincangan team dan perkongsian idea bersama ahli sekretariat yang lain serta peringkat latihan dalam melaksanakan aktiviti persembahan yang telah dirancang.

Ketua panel yang hadir dari Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Abdul Aziz Shah adalah Encik Husalshah Rizah, Pengarah PKKSAAS, Encik Tamim Adidi, dan Encik Khairul.

Sesi penilaian berakhir pada jam 11:00 pagi dengan sesi bergambar bersama warga Pejabat TNCPI dan sesi jamuan makan untuk panel penilai.

Tarikh Input: 21/08/2023 | Kemaskini: 23/08/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXEbTAn~