Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Anjur Latihan Pengungsian Bangunan. | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Anjur Latihan Pengungsian Bangunan.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Anjur Latihan Pengungsian Bangunan.

17 Oktober 2023 - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah menjayakan latihan pengungsian bangunan bertujuan untuk menilai dan meningkatkan kesiapsiagaan warga pejabat sekiranya berlaku kebakaran sebenar.
 
Selain bantuan dan kerjasama daripada pasukan Emergency Response Team (ERT), Pusat Perkhidmatan Keselamatan Polis Bantuan UPM dan Pusat Kesihatan Universiti turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesi latihan ini.
 
Latihan bermula apabila loceng kecemasan dibunyikan dan dikuti dengan tindakan awal oleh pasukan ERT ketika mengawal pergerakan staf sewaktu bergerak ke laluan tangga kecemasan dan bergegas ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
 
Latihan pengungsian ini berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 20/10/2023 | Kemaskini: 20/10/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXEbPAk~