Hebahan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Peringkat Zon Pejabat TNCPI | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » Hebahan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Peringkat Zon Pejabat TNCPI

Hebahan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Peringkat Zon Pejabat TNCPI

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
 
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pelaksana EKSA Peringkat Zon Pejabat TNCPI telah bersetuju untuk melaksanakan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai yang merupakan cetusan idea dan inisiatif daripada Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) bagi Sudut Go Green PTNCPI sebagai salah satu usaha pelaksanaan tindakan penjimatan/Go Green. Pengumpulan minyak masak bagi pihak-pihak yang berminat untuk menyumbang minyak masak terpakai tersebut adalah pada:
 
Tarikh Pengumpulan: 27 Oktober 2023 (Jumaat)
Tempat: Sudut Go Green PTNCPI
 
 
Pengumpulan minyak masak bagi pihak-pihak yang berminat untuk menyumbang minyak masak terpakai tersebut adalah pada:
 
Tarikh Pengumpulan: 27 Oktober 2023 (Jumaat)
Tempat: Sudut Go Green PTNCPI
 
Minyak masak terpakai yang dikumpul akan dijual dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke dalam tabung EKSA PTNCPI. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Puan Rohani Ahdirin dan Puan Noraziema Ahmad.
 
Segala perhatian, sumbangan dan kerjasama pihak-pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian. 

Tarikh Input: 24/10/2023 | Kemaskini: 24/10/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXEbSAF~