23 Mei 2024 - Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mempelawa semua Staf/PTJ untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Tahun 2023-2024 dan Hadiah Idea Inovasi (Idea InQ) Tahun 2023-2024 bersempena dengan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2023-2024 yang akan diadakan pada 13 November 2024.
Semua Penyertaan mestilah menggunakan borang khas yang disediakan dan perlu dimajukan kepada pihak Sekretariat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selewat-lewatnya pada 31 Mei 2024.
Sebarang pertanyaan lanjut YBhg. Prof./Tuan/Puan boleh menghubungi pihak Sekretariat Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Encik Ahmad Afeeq Roslan (03-9769 1242; afeeq
@upm.edu.my) atau Cik Che Surhaini Othman (03-9769 1605;
surhaini@upm.edu.my).
Date of Input: 23/05/2024 |
Updated: 23/05/2024 | adzlyn
MEDIA SHARING