Langit Putra PSP Won Gold At APIC 2020 | Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
» NEWS » Langit Putra PSP won Gold at APIC 2020

Langit Putra PSP won Gold at APIC 2020

KUALA LUMPUR,  15 Dis 2020 – Kumpulan Inovasi KIK dan LEAN UPM telah berjaya merangkul 4 anugerah  emas bertaraf 5 Bintang di pertandingan inovasi  Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2020 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC).

 

APIC merupakan pertandingan kumpulan kecemerlangan inovasi peringkat kebangsaan, dan kali pertama diadakan penjurian secara dalam talian berdasarkan video inovasi yang dihantar serta sesi soal jawab secara langsung di dalam talian pada 17 hingga 20 November 2020 yang lalu.

 

 

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Langit Putra, dari Putra Science Park & Pejabat TNCPI dan Kumpulan LEAN The Budders, dari Taman Pertanian Universiti yang memenangi emas dan turut tersenarai di dalam 20 kumpulan terbaik Sektor Awam Persekutuan dan layak untuk menyertai pertandingan kumpulan kecemerlangan (TE) di peringkat antarabangsa pada tahun 2021 yang akan diadakan di Australia, India dan Indonesia.

 

Inovasi Skyridder yang diketuai oleh Asrizam Esam, Kumpulan Langit Putra, merupakan alat pemotong dawai panjang pemegang tunggal yang dapat memotong pengikat bunting iklan atau dawai pada tiang lampu dengan pantas dan selamat tanpa penggunaan tangga. Alat ini turut mampu membantu menyingkirkan masalah pencemaran dawai karat dan iklan haram pada tiang lampu dengan cepat.

 

Manakala inovasi Putra Pro-Cut & Putra Fast-Snap yang diketuai oleh Mohd. Rosman Jamaludin Kumpulan The Budders pula merupakan alat kaedah pembiakan pokok secara markot(tut) menjadi lebih efisien, meningkatkan produktiviti, dan menjimatkan kos pengeluaran serta dapat mengelakkan kecederaan.

 

Tahniah juga diucapkan kepada kumpulan LEAN D’Kulatz dan Kumpulan LEAN Niloticus United dari Taman Pertanian Universiti yang turut menerima anugerah emas masing-masing.

 

 

Projek Kawalan Kelembapan Bilik Cendawan diketuai oleh Zaliza Hj. Mahat, Kumpulan D`Kulatz telah dapat mengurangkan 75% kerosakkan cendawan kekeringan, menjimatkan penyelenggaraan dan meningkatkan hasil produktiviti.

 

Manakala projek Ternakan Ikan Menggunakan Sistem Ras yang diketuai oleh Muriati Fauzana Mokhtar, Kumpulan Niloticus United, pula berjaya mengurangkan kos air serta meningkatkan kualiti ikan yang konsisten dan lebih baik.

 

Semua inovasi yang telah mendapat perlindungan harta intelek ini telah berjaya membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan kerja yang dilaksanakan di UPM.

 

APIC 2020 telah disertai oleh 120 organisasi sektor swasta dan awam telah mempamerkan idea inovasi yang menyumbang kepada penjimatan kos dalam organisasi selain penerapan budaya kerja efektif dan minda produktif.

 

Pejabat Pendaftar selaku penyelaras kumpulan inovasi UPM telah menghantar 4 penyertaan pada APIC kali ini yang turut disertai oleh 36 sektor awam, 36 industri dan 20 agensi sektor perkhidmatan. UPM berjaya memperoleh kejayaan 100% penyertaan memenangi anugerah emas pada APIC 2020 yang turut mempertandingkan 244 inovasi yang lain.

 

Majlis perasmian APIC 2020 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

 

Kesemua kumpulan ini juga telah memenangi anugerah Emas di peringkat Regional Innovation Showcase on Team Excellent (RISTEX) pada 3-4 September 2020 yang lalu sebelum layak ke pertandingan APIC 2020 kali ini.

 

Semoga pengiktirafan kreativiti dan inovasi ini akan melonjakkan lagi pengkomersilan hasil inovasi UPM ke arah kemajuan universiti, masyarakat dan pembangunan negara.

Date of Input: 04/01/2021 | Updated: 04/01/2021 | asrizam

MEDIA SHARING

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002
-
W1UJXWAZ:22:47