Piagam Pelanggan | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» MENGENAI KAMI » Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia, dengan penuh tekad berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan:

  1. Mengeluarkan surat kelulusan permohonan geran dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat penaja.
  2. Mengeluarkan surat tawaran Geran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari   bekerja selepas menerima proposal muktamad daripada penyelidik.
  3. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menghadiri seminar / persidangan / bengkel / lawatan luar negara (SKBL) dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa SKBL.
  4. Mengeluarkan Surat Keputusan Permohonan Perlindungan Harta Intelek dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh pengesahan minit mesyuarat penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek (JPHI).
  5. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menyertai pameran pertandingan penyelidikan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.
  6. Memaklumkan keputusan permohonan kelulusan ethical clearance dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada jawatankuasa yang terlibat.

 

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELAGGAN:

Kemaskini:: 08/07/2019 [hwmi]

PERKONGSIAN MEDIA

C1568602379