UPM Lepasi Audit Penilaian Universiti Penyelidikan (RU) Tahun 2013 & 2015 | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
» BERITA » UPM Lepasi Audit Penilaian Universiti Penyelidikan (RU) Tahun 2013 & 2015

UPM Lepasi Audit Penilaian Universiti Penyelidikan (RU) Tahun 2013 & 2015


Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melepasi audit bagi Pencapaian Universiti Penyelidikan (RU) bagi tahun 2013 dan 2015 yang telah diadakan pada 28-30 Mac 2016. Audit yang dijalankan ini dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Penilaian yang dilaksanakan merupakan penilaian setiap tiga tahun sekali sejak UPM diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan pada tahun 2006. Bagi penilaian kali ini, seramai enam orang ahli panel dari kalangan RU yang lain telah dilantik oleh pihak KPT bagi menilai pencapaian UPM mengikut instrumen MyRA (Malaysian Research Assessment).

Tujuh instrumen MyRA yang dinilai ialah seperti berikut:

SEKSYEN A: MAKLUMAT AM
SEKSYEN B: KUANTITI DAN KUALITI PENYELIDIK
SEKSYEN C: KUANTITI DAN KUALITI PENYELIDIKAN
SEKSYEN D: KUANTITI PASCA SISWAZAH
SEKSYEN E: KUALITI PASCA SISWAZAH
SEKSYEN F: INOVASI
SEKSYEN G: PERKHIDMATAN PROFESIONAL DAN HADIAH
SEKSYEN H: JARINGAN DAN JANGKAUAN
SEKSYEN I: KEMUDAHAN SOKONGAN / AKREDITASI MAKMAL

Proses penilaian yang dijalankan berjalan dengan lancar dan keputusan ke atas hasil dapatan audit ini akan diumumkan oleh pihak KPT selepas semua proses pengauditan telah dijalankan ke atas semua RU di Malaysia.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1002/1293
-
SXDdKAR~